Ahad, 10 Ogos 2008

Isra' Mikraj - kebesaran ibadah solat

1 ogos 2008 bersamaan 29 rejab 1429h telah diadakan majlis sambutan isra' mikraj di dewan SK Sri Rengit. Penceramah jemputan yang telah menyampaikan ceramah beliau ialah Ustaz Muhibbudin Bin Abdullah dari SK Rengit.
Antara isu yang dikupas oleh beliau didalam ceramah ialah kepentingan ibadah solat yang mana ibadah solat telah diterima oleh Nabi Muhammad S.a.w ketika baginda naik ke langit dalam peristiwa isra' mikraj.. ibadah solat yang asalnya diwajibkan keatas ummat Nabi Muhammad sebanyak 50 waktu sehari semalam telah dikurangkan sehingga 5 waktu sahaja sehari semalam. selain dari itu beliau juga menyentuh tentang akibat orang yang meninggalkan ibadah solat iaitu sebagaimana yang telah dilihat oleh Nabi Muhammad ketika isra' mikraj iaitu segolongan orang yang bertukar menjadi babi, ketika baginda bertanya kepada jibril siapakah mereka? jibril menjawab itulah kaummu yang tidak menunaikan solat.
sambutan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan pihak sekolah mengharapkan semoga para-pelajar akan berubah kearah yang lebih baik iaitu menunaikan solat dengan sempurna setiap hari.

Tiada ulasan: