Rabu, 31 Disember 2008
KEPUTUSAN UPSR 2008
Pelajar-pelajar yang mendapat 5A bersama guru kelas 6J
12 orang pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR 2008
Khamis, 11 September 2008
Majlis Persaraan GPK 1 Pn Halimah Bt Ismail
Jumaat, 5 september 2008: Majlis Persaraan Pn Hjh Halimah (GPK 1 Sk Sri Rengit) telah diadakan dengan jayanya. Dalam kesyahduan Pn Halimah telah memberikan ucapan kepada para guru dan pelajar-pelajar. Sememangnya sesuatu yang berat bagi seorang guru untuk meninggalkan bidang yang diceburi sejak sekian lama. Terdahulu majlis ini telah dimulakan dengan tazkirah ramadhan yang telah disampaikan oleh Us. Mohd Azmi Bin Nik..
Ahad, 10 Ogos 2008
Isra' Mikraj - kebesaran ibadah solat
1 ogos 2008 bersamaan 29 rejab 1429h telah diadakan majlis sambutan isra' mikraj di dewan SK Sri Rengit. Penceramah jemputan yang telah menyampaikan ceramah beliau ialah Ustaz Muhibbudin Bin Abdullah dari SK Rengit.
Antara isu yang dikupas oleh beliau didalam ceramah ialah kepentingan ibadah solat yang mana ibadah solat telah diterima oleh Nabi Muhammad S.a.w ketika baginda naik ke langit dalam peristiwa isra' mikraj.. ibadah solat yang asalnya diwajibkan keatas ummat Nabi Muhammad sebanyak 50 waktu sehari semalam telah dikurangkan sehingga 5 waktu sahaja sehari semalam. selain dari itu beliau juga menyentuh tentang akibat orang yang meninggalkan ibadah solat iaitu sebagaimana yang telah dilihat oleh Nabi Muhammad ketika isra' mikraj iaitu segolongan orang yang bertukar menjadi babi, ketika baginda bertanya kepada jibril siapakah mereka? jibril menjawab itulah kaummu yang tidak menunaikan solat.
sambutan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan pihak sekolah mengharapkan semoga para-pelajar akan berubah kearah yang lebih baik iaitu menunaikan solat dengan sempurna setiap hari.

Rabu, 6 Ogos 2008
Perarakan Maulidurrasul 1429H
Sambutan Maulidurrasul SK Sri Rengit pada 11 April 2008.
Perarakan bermula dari Balai Bomba Rengit ke Dataran Kejat SK Sri Rengit
Isnin, 28 Julai 2008
Hari Terbuka 2008
4 julai,jumaat: program penyerahan rekod pencapaian pelajar dan motivasi murid-murid tahun 6 bersama ibubapa mereka telah diadakan dengan jayanya. sambutan yang diberikan oleh para ibu bapa sangat menggalakan. ceramah motivasi telah disampaikan oleh guru bimbingan dan kaunseling SMK Tun Ismail, Parit Raja.
Rabu, 2 Julai 2008
TAHUN MELAWAT KELANTAN 2008
SK Sri Rengit telah menyahut seruan pelancongan apabila telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Kelantan Darul Naim dan Terengganu darul Iman.
Program ini telah diadakan dari 1 hingga 4 Jun yang lalu.
Rombongan SK Sri Rengit telah bertolak dari Rengit pada malam 1 jun dan telah tiba di destinasi pertama iaitu Pekan Rantau Panjang pada pukul 9.00 pagi.

Selasa, 20 Mei 2008
Selamat Hari Guru...
sebagaimana biasa tarikh 16 mei sememangnya istimewa bagi warga pendidik. pada tarikh inilah mereka diraikan..walaupun dunia pendidikan hari ini tidak sunyi dari kontroversi dan isu.
Warga pendidik di SK Sri Rengit tidak ketinggalan diraikan sempana hari guru pada tahun ini. Meskipun sambutan pada tahun ini jatuh pada hari jumaat namun acara-acara yang dianjurkan tetap hebat dan menghiburkan hati.
Majlis sambutan pada tahun ini dimulai dengan program bacaan yasin beramai-ramai yang diketuai oleh us. Mohd Rofizen..sejurus kemudian para guru diperdengarkan dengan ucapan-ucapan sempena hari guru oleh YB menteri Pelajaran dan juga Ketua Pengarah pelajaran Malaysia yang telah dibacakan teks ucapannya oleh GPK 1 Puan Halimah Ismail dan juga GPK ko-ko En. Sukor bin Kasno.
selesai sesi ucapan, guru-guru menyanyikan lagu Guru malaysia dan lagu Biarku Menjadi Lilin secara beramai-ramai.
setelah itu acara-acara sukaneka dimulakan antaranya pertandingan Bowling Kelapa, Gelung Skitle dan Masukkan bola dalam bakul. murid-murid dibenarkan rehat pada pukul 9.50 pagi.
Dalam pada itu guru-guru menjamu selera dengan hidangan istimewa sumbangan dua orang guru sekolah ini yang bermurah hati menaja makanan guru-guru pada kali ini. iaitu puan khairiah dan puan hazidah.
majlis bersambung dengan acara dewan pada pukul 10.30 pagi yang mana acara win,lose or draw dan mana ekor saya dijalankan.
secara keseluruhannya kumpulan Karisma yang diketuai oleh Us. azmi mendapat tempat pertama manakala kumpulan kesuma yang diketuai us. Mohd Rofizen mendapat tempat kedua.
apapun syukur kehadrat Allah s.w.t kerana majlis sambutan hari guru pada tahun ini berjalan lancar dan meriah.
Selasa, 13 Mei 2008
SAMBUTAN MAULIDURRASUL MERIAH
Sambutan maulidurrasul sk Sri Rengit meriah dengan acara-acara menarik yang telah diadakan. program anjuran Panitia Agama Islam itu dianjurkan bagi memperingati Nabi Muhammad S.A.W.
telah diadakan pada 11 April 2008. antara acara yang diadakan ialah Forum Perdana yang telah dipengerusikan oleh Us Mohd Azmi dengan 2 orang ahli panel iaitu Us Zakaria Dimon dari Sk Senggarang dan Us Mohd Rofizen Ibrahim.
acara-acara lain yang telah diadakan ialah perarakan dan juga pertandingan-pertandingan yang berlagsung sehari sebelum itu iaitu pertandingan nasyid,sajak dan azan.
Langgan:
Catatan (Atom)